Monday 21 April 2014

SELAMAT HARI ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KE 10 TAHUN... MOHD HARMILIE LOVE SURAYA :)

KHAS BUAT SUAMI KU MOHD HARMILIE BIN RAMLI SEMPERNA HARI ULANGTAHUN PERKAHWINAN KITA YANG KE 10 TAHUN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Dengan Izin Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyang ini, ingin KITA memulakan bicara hati agar apa yang diungkapkan adalah kata-kata yang ikhlas dan suci yang tersemat rapi didalam lipatan hati sanubari.

Sebagai hamba ALLAH yang sangat kerdil ini, KITA selalu berSYUKUR dengan kurniaan Allah yang tidak ternilai buat KITA. SAYANG adalah antara kurniaan Allah yang tidak ternilai dan terlalu istimewa untuk KITA. Inilah dinamakan takdir ketentuan Allah. Kasih dan cinta yang tersemai rupanya telah tercatat dari azali dan tibanya kesuatu detik perjanjian suci yang telah ditetapkan Illahi. Ikatan yang menghalalkan hubungan cinta diantara KITA dan SAYANG. Ijab dan qabul menjadi saksi penyatuan dua jiwa sejak 10 tahun yang lalu, dengan izin Allah, kita masih bersama memadu kasih serta dikurniaankan permata yang tidak ternilai untuk menyerikan lagi kehidupan, MUHAMAD HAKIMI, HANA SURFINA, MUHAMMAD HADIF AIMAN DAN HANA SYAHIRAH kurniaan Allah untuk menguatkan lagi kasih sayang dan melengkapkan ikatan kasih sayang antara kita. Alahamdulilah dan Syukur kepada mu YA ALLAH.

Untuk membina kehidupan dalam meniti kebahagiaan telah banyak dugaan dan rintangan yang telah kita lalui bersama. Terima kasih yang tidak terhingga KITA ucapkan di atas kesabaran dan keteguhan hati SAYANG didalam melayari bahtera kehidupan bersama KITA. Terima kasih  juga diatas ketabahanmu menjadi suami dan ayah kepada anak-anak kita yang semakin membesar dengan kasih sayang dan belaian kasih seoarang suami dan ayah. Tanpa rasa jemu melayani kerenah KAMI walaupun ada ketikanya SAYANG kelihatan terlalu letih.


Lagu utk sayangku Harmilie;

Ku adalah manusia yang paling beruntung memiliki kamu...
Kau tiada habisnya menyangi aku sepenuh hati mu..
cinta yang luar biasa ku serahkan pada diri mu...
Kau lah cinta sesungguhnya...sekuat hati ku kan menjagamu...
Demi cinta seutuhnya...ku kan berjanji seumur hidupku takkan
lelah mendampingi mu.... muahhmuahhhmuahhh....


Doaku untuk mu Suami KU, sahabat KU, kekasih KU dan belahan jiwa KU….


Ya Allah Ya Tuhan Kami,
jadikanlah kami pasangan yang bahagia dan dirahmati MU didunia dan akhirat..
Kurniakanlah kepada kami keberkatan hidup, kedamaian hati, ketajaman akal fikiran serta keharmoniaan dan kerukunan rumah tangga.

Ya Allah, kau hiasilah diri kami dengan perasaan kasih, sayang, cinta dan rindu dendam yang berpanjangan dan tiada penghujungnya. Janganlah Engkau pudarkan atau keringkan hati dan jiwa kami dari perasaan cinta dan kasih sayang kerana ia akan membawa padah yang tidak tertanggung oleh jiwa kami ini.

Ya Allah, kurniakanlah lagi dari kami zuriat keturunan yang soleh dan solehah yang teguh berpendirian yang akan membawa panji-panji menyambung perjuangan di atas jalanMu. 

Ya Allah, izinkanlah kami menikmati hidup bahagia ini sehingga satu saat yang Engkau tetapkan bagi kami tanpa sedikit pun duka yang terpalit diantara kami di hati kami.

Ya Allah, berkatilah kami dunia dan akhirat.....aminnnn…

Khas Buat Suami KU,
MOHD HARMILIE BIN RAMLI

Sempena Ulangtahun Perkahwinan Kita ke 10