Terdapat tempat-tempat menarik yang menjadi tarikan pengunjung untuk berkunjung ke Melaka Bandaraya Bersejarah.... Jalan-jalan melaka dataran pahlawa akan sue tulis tentang tempat-tempat menarik yang wajib dikunjungi sekitar dataran pahlawan@bandar hilir Melaka.... antaranya ialah:-
MELAKA DUCK TOURS
Melaka Duck Tour nie adalah kenderaan yang boleh bergerak diatas jalanraya dan boleh bergerak pada permukaan air maknanya kenderaan nie kenderaan dua alam... gambar kat bawah nie adalah harga tiket untuk menaiki duck tour, rupa bentuk duck tour dan laluan duck tour.....kaunter tiket duck tours terletak bersebelahan dengan menara taming sari... Duck tours nie masa sue gi tak ramai yang beratur nak beli tiket jika nak dibandingkan dengan menara taming sari... mungkin kerana harganya ahakhakahkaka ....
MENARA TAMING SARI
Menara taming sari adalah diantara tempat tarikan pelancong yang berkunjung di melaka... menara ini sangat unit dan ianya pasti akan menjadi tempat yang wajib dikunjungi... sue baru je naik pagi tadi....kalau gi petang sure beratur panjang...pepagi pun da beratur apakan lagi kalau petang..Dari atas kita boleh lihat keindahan bandar melaka..Harga tiket untuk naik menara taming sari nie ialah Rm15 untuk dewasa dan Rm10 untuk kanak-kanak (kena tunjuk mykad..rasanya utk warganegara ade disc..) lepas bayar tue dia bagi air dan cookies dalam paper bag...Hmmmm utk senarai harga...sue tak ambil gambar senarai harga tiket ke menara taming sari bab tak nampak pun senarai harganya mungkin tak perasan kat mana dia org tampal bab org ramai sgt.....
RUMAH TERBALIK MELAKA (UPSIDE DOWN HOUSE GALLERY MALACCA)
Rumah terbalik ini merupakan satu-satunya rumah terbalik yg terdapat di semenanjung Malaysia. Anda tidak perlu pergi sampai ke Sabah untuk melihat rumah terbalik. Tidak seperti rumah terbalik di Sabah, rumah terbalik Melaka membenarkan pengunjung untuk mengambil gambar serta menyediakan pekerja untuk menolong pengunjung mengambil gambar serta mengajar pengunjung untuk berposing. Caj yang dikenakan ialah Rm15 (dewasa) dan Rm10 (kanak-kanak) untuk warganegara Malaysia. Manakala harga untuk bukan warganegara pula RM20 (dewasa), Rm 15 (kanak-kanak). OKU pula mendapat potongan 50% dan percuma untuk kanak-kanak bawah 90cm....
Ahakahkah mesti ko org tertanya-tanya apa yang terbalik... yang terbaliknya ialah barang2 dilekatkan diatas syiling maknanya semua barang2 berada diatas dan atas lantai kosong tak ade apa2.....
MELAKA RIVER CRUISE
Harga Tiket Melaka Duck Tours |
Laluan Duck Tours |
MENARA TAMING SARI
Menara taming sari adalah diantara tempat tarikan pelancong yang berkunjung di melaka... menara ini sangat unit dan ianya pasti akan menjadi tempat yang wajib dikunjungi... sue baru je naik pagi tadi....kalau gi petang sure beratur panjang...pepagi pun da beratur apakan lagi kalau petang..Dari atas kita boleh lihat keindahan bandar melaka..Harga tiket untuk naik menara taming sari nie ialah Rm15 untuk dewasa dan Rm10 untuk kanak-kanak (kena tunjuk mykad..rasanya utk warganegara ade disc..) lepas bayar tue dia bagi air dan cookies dalam paper bag...Hmmmm utk senarai harga...sue tak ambil gambar senarai harga tiket ke menara taming sari bab tak nampak pun senarai harganya mungkin tak perasan kat mana dia org tampal bab org ramai sgt.....
Tiket dan Paper bag tue ade air n cookies |
Kena beratur ramai sgt org.. |
Pemandangan dari atas menara taming sari |
Teropong |
Rumah terbalik ini merupakan satu-satunya rumah terbalik yg terdapat di semenanjung Malaysia. Anda tidak perlu pergi sampai ke Sabah untuk melihat rumah terbalik. Tidak seperti rumah terbalik di Sabah, rumah terbalik Melaka membenarkan pengunjung untuk mengambil gambar serta menyediakan pekerja untuk menolong pengunjung mengambil gambar serta mengajar pengunjung untuk berposing. Caj yang dikenakan ialah Rm15 (dewasa) dan Rm10 (kanak-kanak) untuk warganegara Malaysia. Manakala harga untuk bukan warganegara pula RM20 (dewasa), Rm 15 (kanak-kanak). OKU pula mendapat potongan 50% dan percuma untuk kanak-kanak bawah 90cm....
Ahakahkah mesti ko org tertanya-tanya apa yang terbalik... yang terbaliknya ialah barang2 dilekatkan diatas syiling maknanya semua barang2 berada diatas dan atas lantai kosong tak ade apa2.....
MELAKA RIVER CRUISE
Melaka River Cruise ialah perkhidmatan bot yg membawa
pelancong menyusuri persisiran sungai melaka, dalam bandaraya Melaka untuk melihat keindahan dan mengimbau kembali sejarah silam kegemilangan sungai melaka. Untuk menaiki river cruise ini terdapat beberapa stesyen antaranya, di stesyen
Muara jetty bersebelahan Quayside Heritage Centre serta berdekatan Muzium
Maritim atau menaikinya di jeti river cruise yg terletak di Taman Rempah di Jalan Mata Kuching .
Waktu beroperasi dari pukul 9 pagi hingga 11 malam. Beroperasi hanya bila air
pasang sahaja. Harga tiket RM10 utk dewasa, kanak-kanak RM5. Perjalanan sejauh 9
km, mengambil masa selama 45 min ke 1 jam. Boat in akan membuat satu
pusingan mengelinggi sungai Melaka. Di mana anda naik maka disitu juga anda
akan menuruni river cruise ini. Disebabkan sue naik pada waktu malam jadinya gambo-gambo yang diambil agak gelap... tapi pemandangan diwaktu malam sangat cantik dan tidak panas....
Laluan Melaka River Cruise |
A' FARMOSA BANDAR HILIR MELAKA
Kota A Farmosa dibina pada tahun 1511 oleh orang Portugis
untuk dijadikan kubu pertahanan orang Portugis sebaik sahaja Portugis menawan
kota Melaka dan terletak bersebelahan dengan Muzium Istana Kesultanan Melaka.... ahakahakk cam pakar sejarah lak sue nie... biasa la asal usul pun orang Melaka mestilah tau sedikit sebanyak tentang sejarah Melaka...Kota A Farmosa nie terletak belakang Dataran Pahlawan nanti kesian lak ko org pusing2 tak jumpa... disebabkan sue dah puas naik masa sekolah rendah dulu... jadinya kali nie sue ambik gambo dari bawah je la... malas nak memanjat dan nak mengira anak2 tangga....
MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAYU MELAKA
Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka ini terletak
bersebelahan dengan kota A’Farmosa. Muzium 3 tingkat ini dibina sangat unik
kerana dibina menggunakan kayu dan tanpa paku… kepada peminat sejarah boleh lah
berkunjung ke muzium ini… Muzium nie kalau da penat2 pusing dataran pahlawan datang
ke muzium nie boleh rehat2… Muzium ni sangat cantik dan unik.... Muzium nie sangat unik dan sue sangat kagum dengan seni bina muzium nie... aahakaha My mum siap santai2 lagi bawah umah muzium tue... Opsss harga tiket untuk masuk muzium nie sue tunjuk kat gambo tiket sue ekk...
MUZIUM SAMUDERA
Muzium Samudera ialah muzium yang terletak di Jalan Quasside berhampiran
dengan muara sungai Melaka dan berhadapan
dengan medan samudera, medan selera dan craft centre… Kalau naik river cruise ko org akan nampak
muzium samudera ini… kalau naik kereta untuk ke bandar hilir@dataran pahlawan ko
org akan nampak muzium nie sebelah kanan ko org…kat dalam muzium nie ko org
akan nampak duit dulu2, Meriam, peti besi, replika kapal, peta-peta, lukisan2
yang menceritakan tentang sejarah kelautan Melaka… Harga tiket untuk masuk
ialah Rm3 untuk dewasa dan Rm1 untuk kanak2… kalau bawak kanak2 kena hati2 ekkk
kerana banyak kena panjat tangga n cam curam sikit...
No comments:
Post a Comment