Saturday 30 May 2015

GORENG PISANG CHEESE YANG SUPER SEDAP


Hari nie sue nak belanja kenkawan jamu mata dengan kerangupan dan keenakan goreng pisang cheese kampung pasir putih, pasir gudang Johor... huhuuu sekali mkn mesti nak lagi...😊

Gambar Goreng Pisang Cheese...

 Tue kotak goreng pisang cheese ade 2 saiz... saiz besar cam dlm gambo tue Rm5.00 kalau saiz kecil Rm3.00.. tp biasanya org akan ambil yg besar la....



DAPATKAN PRODUK NONA ROGUY DENGAN HARGA PROMOSI..
☆SET BERSALIN NONA ROGUY RM265
☆PHYTONATAL BESAR 180TABLETS RM155
☆PHYTONATAL KECIL 90TABLETS RM89
*INCLUDING POSTAGE..
UNTUK PERTANYAAN SILA TELEGRAM&WHATAPPS&CALL 0193563306

Friday 29 May 2015

KHASIAT PHYTONATAL NR YANG TIDAK DIKETAHUI



Phytonatal ialah sejenis makanan yang diperbuat dari ramuan herba terpilih dan dijual dalam bentuk tablet yang mempunyai 2 saiz.. saiz kecil 1 botol ada 90 biji dan untuk saiz besar 1 botol ada 180 biji. Sue sangat suka dengan tablet Phytonatal ni sebab Phytonatal ni fungsi dia untuk melawaskan proses pembuangan air besar, menurunkan berat badan yang berlebihan, dan bertindak utk menguatkan lagi tubuh. Untuk orang2 yang sembelit Phytonatal ni, memang sangat membantu dan selepas proses pembuangan perut akan rasa lega J.

Khasiat Phytonatal ini antaranya adalah untuk membersihkan rahim, mengeluarkan angin, lendir dan darah kotor dalam badan.Melawaskan pembuang air kecil & besar dan ianya sangat sesuai dimakan ketika proses berpantang. Selain itu produk ini boleh mengatasi masalah sembelit, kepenatan, migrain dan angina. Phytonatal juga digunakan untuk mengimbangi kembali sistem badan serta boleh mengurangkan berat badan dan menguatkan otot-otot badan.


CARA PENGGUNAAN PHYTONATAL NR :-
  • Ø  BERSALIN NORMAL – diamalkan bermula hari ke 4 selepas bersalin
  • Ø  BERSALIN PEMBEDAHAN – Boleh diamalkan hari ke 7 selepas bersalin
  • Ø  Untuk Kelawasan biasa makan 2 – 3 biji (1 kali sehari)
  • Ø  Bagi yang Sembelit makan 3 – 5 biji (1 atau 2 kali sehari)

DAPATKAN PRODUK NONA ROGUY DENGAN HARGA PROMOSI..
☆SET BERSALIN NONA ROGUY RM265
☆PHYTONATAL BESAR 180TABLETS RM155
☆PHYTONATAL KECIL 90TABLETS RM89
*INCLUDING POSTAGE..UNTUK PERTANYAAN SILA TELEGRAM&WHATAPPS&CALL
00193563306

Thursday 21 May 2015

Panas!!! Zat berbahaya di dalam beras plastik..

Ini zat berbahaya di dalam beras plastik, biasanya buat bahan pipa


Merdeka.com - Dugaan beras palsu yang beredar di tengah masyarakat ternyata benar. Setelah melakukan penelitian, terdapat beras plastik.

Menurut Kepala Bagian Pengujian Laboratorium PT Sucofindo, Cibitung, Kabupaten Bekasi, Adisam ZN, beras palsu yang diuji positif mengandung bahan plastik. Dia menyebutkan, kandungan senyawa plastik di dalam beras palsu itu ada tiga jenis.

Ketiganya antara lain: BBP (Benzyil butyl phtalate ), DEHP (bis (2-ethylexyl phatalate)), DINP (Diisionyl Phatalate). Kandungan itu sama seperti bahan dasar untuk pembuatan pipa, kabel, dan lainnya.

"Biasa digunakan untuk kebutuhan industri," kata Adisam di Kantor Wali Kota Bekasi, Kamis (21/05).

Menurut dia, pengujian dilakukan dengan dua sampel beras. Beras itu diambil dari seorang warga bernama Dewi selaku konsumen, sedangkan sampel lain diambil dari pedagang beras di Pasar Mutiara Gading Timur, Kecamatan Mustikajaya. "Masing-masing 250 gram," kata dia.

Hasil pengujian, ditemukan suspek yang senyawa dengan plastik tersebut. Menurut dia, untuk memastikan pihaknya melakukan dua kali pengujian dengan dua alat berbeda.

"Pengujian menggunakan dua alat yang canggih dengan tingkat akurasi tinggi, hasilnya sama," kata dia.

Dia menambahkan, jika bahan itu dikonsumsi, maka dipastikan akan berdampak buruk bagi kesehatan. Misalnya, bisa menyebabkan kanker.

Cara membedakan

Tidak sulit membedakan beras asli dengan plastik."Letakkan beras itu di atas kertas atau meja, lalu pilah. Bila terdapat bentuk beras tanpa memiliki lengkungan di bagian ujung, lentur, tanpa ada titik putih di tengahnya, dan cenderung lebih bersih bisa dikategorikan sebagai beras palsu," kata Adisam.

Menurut Adisam, karakter fisik beras palsu memiliki perbedaan dengan yang alami. Beras sintetis bentuknya cenderung lurus sempurna tanpa ada titik putih. Dia menambahkan, beras asli memiliki bentuk sekam dan rupa mengapur.

Cara lain membedakan beras asli dan palsu, lanjut Adisam, juga bisa dilakukan dengan cara memasak serta pencucian dengan menggunakan air.

"Deteksi dini bagi masyarakat, kalau sudah sering masak kelarutannya berbeda. Dia cenderung menggumpal, meski telah lama dimasak," ujar Adisam.

Adisam meyakini, beras plastik dibuat dengan menggunakan bahan baku pembuatan kabel, keramik, dan pipa paralon. Setelah jadi, hasilnya dicampur dengan beras alami.

"Senyawa kimianya memiliki unsur BBP, DEHP, DIMP untuk pembuatan polyvinyl chloride, dan dicampur dengan senyawa kimia pelentur plastik," tutup Adisam.

Kredit sumber : http://m.merdeka.com/peristiwa/ini-zat-berbahaya-di-dalam-beras-plastik-biasanya-buat-bahan-pipa.html



MESTI BACA!!! PERANGAI PEREMPUAN YANG LELAKI SUKA...

PERANGAI PEREMPUAN YANG LELAKI SUKA  


Perangai Perempuan yang lelaki suka dan sejuk je rasa bila bersama..

1. Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda.

2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,
memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya.

3. Menghargai
Lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

4. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman.

5. Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita. (bersifat terbuka)

6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda.

7. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.

8. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia.

Kredit sumber: http://www.informasi.my/perangai-perempuan-yang-lelaki-suka/

Tuesday 19 May 2015

MESTI BACA: 10 LANGKAH ELAK JADI MANGSA PANAHAN PETIR

10 langkah elak jadi mangsa panahan petir

Berlindung di bawah pokok, atau sebarang struktur binaan di bawah pokok boleh mengundang padah.
KUALA LUMPUR: Insiden tiga nyawa terkorban akibat dipanah petir di Johor baru-baru ini perlu diambil serius oleh pihak berkuasa di seluruh negara.  Walaupun mereka dilaporkan cuba mendapatkan perlindungan di dalam sebuah pondok yang terletak  di luar sebuah sekolah ketika dipanah petir, ia terjadi akibat kedudukan pondok itu yang berada di bawah pokok.
Petir dipercayai memanah pokok tersebut dan panahannya terkena ketiga-tiga mangsa sewaktu pancarannya melalui kawasan tanah. Insiden serupa juga pernah berlaku beberapa tahun lalu di Johor Bahru, di mana beberapa orang pemain golf dipanah petir dan meninggal ketika berlindung di sebuah pondok di bawah pokok.


Pihak berkuasa perlu memantau semua sekolah, taman awam dan jalan untuk memastikan pondok, stesen bas dan gazebo tidak dibina berdekatan dengan pokok. Jika terdapat sebarang struktur binaan dalam jarak 3 meter dari pokok atau dahan besar, ia perlu dirobohkan sekalipun ia dibina secara sah. Dahan besar berpotensi untuk patah apabila dipanah petir sekaligus akan membahayakan apa sahaja yang berada di bawahnya.
Dalam pada itu, sebarang struktur binaan tempat perlindungan perlulah dilengkapi dengan sistem pertahanan petir yang mematuhi piawaian Malaysia, MS-IEC62305.
Memandangkan musim hujan dan ribut petir dijangka akan berterusan untuk beberapa minggu lagi, orang ramai diingatkan agar mematuhi peraturan keselamatan berikut agar dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa.
1. HENTIKAN semua aktiviti luar dan carilah perlindungan sebaik sahaja anda melihat awan gelap muncul. Petir boleh memanah anda walaupun awan gelap itu berada 15 km dari tempat anda, dan ia tidak semestinya diiringi hujan!
2. LARI untuk mencari perlindungan sebaik sahaja anda melihat pancaran petir. Ketika ini, anda sudah berada dalam keadaan SANGAT BAHAYA dan berkemungkinan untuk dipanah petir.
3. JANGAN tunggu hujan turun kerana petir boleh memanah anda walaupun hujan BELUM turun. JANGAN sesekali gunakan payung ketika adanya petir.
4. JANGAN BERLINDUNG DI BAWAH POKOK atau khemah, bangsal kecil, kongsi, rotunda atau gerai makanan di tepi jalan. Jika anda berlindung di tempat yang sempit atau kecil, pastikan ia dilengkapi sistem pertahanan petir.
5. CARI PERLINDUNGAN dalam bangunan besar dan kukuh (rumah atau kedai), kenderaan (bas, van atau kereta) atau struktur yang besar (jambatan). Jangan berlengah-lengah di luar bangunan kerana anda mungkin akan terkena panahan petir.
6. Jika tiada tempat berlindung, segera turun dari tempat tinggi (guar, bukit, platform). Segera berlindung di tempat rendah  atau masuk ke dalam longkang kering.
7. SEGERA duduk dalam Kedudukan Pertahanan Petir, iaitu bercangkung dengan kedua belah kaki dirapatkan dan menutup telinga dengan tangan. JANGAN sentuh sesiapa atau sebarang objek (pagar, besi dan lain-lain).
8. JIKA hujan, basahkan pakaian anda kerana pakaian basah membantu mengurangkan kecederaan serius jika dipanah petir. Biarkan arus elektrik itu mengalir di luar tubuh anda.
9. DI DALAM tempat perlindungan, JANGAN sentuh objek metalik, barang atau kabel elektrik.  JANGAN gunakan telefon, melainkan jika terpaksa. JAUHKAN DIRI dari balkoni, beranda, pintu, tingkap, dinding, atau tiang.
10. Pastikan anda berada DI DALAM tempat perlindungan itu untuk tempoh sekurang-kurangnya 30 minit SELEPAS guruh yang terakhir kedengaran. Ingat, walaupun hujan telah berhenti, petir masih boleh memanah bumi.
* Ini adalah pandangan pakar petir, Hartono Zainal Abidin
Kredit Sumber: Astro Awani

Monday 18 May 2015

NGERI!!!! LEPAS TELUR BERAS PULAK DIPALSUKAN


Kredit Foto : http://www.merdeka.com & Beras Palsu. ©instagram.com/dewinurizza


Ngeri! Di Indonesia beras, air dan telur dipalsukan


Merdeka.com - "Saat dimasak beras itu malah ngeluarin banyak air. Kalau beras biasa kan meresap air tapi ini malah ngeluarin air. Saat dimakan juga rasanya aneh, sintetisnya berasa banget kayak kita makan plastik," jelasnya.

Selain beras, jenis lain yang berbahaya yang dipalsukan adalah air mineral palsu. Parahnya, sumber air yang digunakan berasal dari got, sungai, dan sumur tanpa melakukan sterilisasi. Seorang penampung botol-botol bekas di Tanah Abang juga mengakui kerap ada orang yang membeli botol-botol plastik bekas untuk dijadikan kemasan baru.

"Kami jual botol bekas buat daur ulang. Tapi ada juga yang kadang beli buat diisi air lagi terus dijual. Enggak banyak paling beli 5 karung sekitar 20 kiloan. Satu kilo kami jual Rp 5 ribu," kata penampung botol bekas yang tak mau disebutkan namanya.

Informasi dari penampung botol bekas di bilangan Ciputat menyebutkan kalau air mineral palsu bisa nampak bening dengan mencampurkan borak dan tawas.

"Air sumur saja sudah bahaya kalau enggak dimasak. Apalagi pakai air kali dan air comberan. Itu air bisa kelihatan bersih kalau dicampur borak sama tawas. Parah dah," kata penampung botol bekas yang enggan disebutkan namanya.

Tak hanya air mineral dan beras yang dipalsukan, telur ayam palsu pun sempat beredar yang dibuat oleh China, menggunakan bahan-bahan kimia.

Kredit sumber : http://www.merdeka.com/peristiwa/ngeri-di-indonesia-beras-air-dan-telur-dipalsukan-splitnews-2.html

RAHSIA KECANTIKAN & 5 PERKARA MENGENAI CHE TA

Jom kita baca apa rahsia kecantikan Che Ta...  walaupun da berusia tetapi tetap maintain cantik... sekarang bertambah cantik dengan gayanya yang bertudung... marilah kita sama-sama mendoakan  semoga Che Ta terus istiqamah dengan perubahan ini... aminnnnn

Kredit Foto : katakcomel.my
KECANTIKAN dan kesihatan adalah satu perkara yang subjektif untuk diulas. Ada sesetengah pihak berpendapat, kecantikan sangat berkait rapat dengan kesihatan dalam seseorang itu.

Bagi kaum wanita pula, biasanya apabila usia mula mencecah 40-an, kecantikan mula diketepikan dan hal-hal ehwal keluarga pula mula diberi perhatian.

Malah ada ketikanya, ada wanita berpendapat, pada usia 40-an, tidak sesuai lagi buat seseorang wanita itu bergaya cantik.

Namun berbeza bagi dramatis terkenal, Rozita Che Wan, biarpun usianya sudah menginjak ke 40 tahun Mac lalu, namun dia masih kelihatan cantik dan ramping bak wanita berusia awal 20-an.

Tidak hanya dengan bentuk tubuh yang ramping dan kulit yang halus, Rozita atau mesra di sapa Che Ta pula masih mengekalkan gaya muda yang menyebabkan dia nampak jauh lebih muda dari usia sebenar.

Mari ikuti rahsia dan cara Che Ta menjaga kecantikan kulit dan tubuh badan.


Sebagai selebriti apa definisi cantik dan sihat bagi anda?

ROZITA 
: Bagi saya kecantikan itu adalah sesuatu perkara yang universal. Jika kita sihat dalaman, secara tidak langsung wajah kita akan nampak cantik dan segar. Jika kita sakit, wajah kita akan nampak kusam dan tidak bermaya.


Pada usia mencecah 40 tahun, anda masih kelihatan cantik, apa rahsianya?

ROZITA :
 Secara jujurnya tiada apa-apa rahsia yang saya amalkan. Cuma saya selalu fikir muda dan gembira sentiasa, saya tidak pernah fikir saya sudah berusia 40 tahun dan saya tidak suka fikir masalah. Pendek kata, saya sentiasa 'happy go lucky'.


Bagaimana cara anda menjaga kecantikan kulit dan wajah?

ROZITA : 
Sama seperti orang lain, saya selalu mencuci wajah, pakai krim, toner dan sebagainya. Pada masa lapang pula saya akan memakai mask (topeng) bagi memastikan kulit sentiasa segar. Cuma pada waktu pagi, saya akan cuci muka terlebih dahulu dengan air sejuk dan ia memang saya amalkan semenjak remaja lagi.


Ada sesetengah artis mengambil suntikan untuk mengekalkan kecantikan, anda bagaimana?

ROZITA 
: Setakat ini saya belum terfikir lagi untuk mengambil suntikan kerana Alhamdulillah kulit saya tidak mengalami sebarang masalah. Malah saya juga tidak pernah melakukan facial di pusat kecantikan sebaliknya hanya melakukan perkara asas di rumah sahaja.


Ramai orang mengenali Che Ta dengan tubuh yang langsing, tetapi pernahkah anda mengalami masalah berat badan?

ROZITA 
: Pernah tetapi ketika saya mengandung dulu, berat saya daripada 45 kilogram (kg) naik sehingga 90 kilogram. Tetapi biasalah mengandung, kemudian saya berjaya turunkan berat semula. Sekarang kalau badan naik pun hanya dua atau tiga kilogram, bila rasa badan naik, saya akan mula jaga pemakanan. Berat saya sekarang 50kg.


Bagaimana rutin pemakanan harian anda?

ROZITA : 
Saya seorang yang mengambil berat tentang bentuk tubuh saya tetapi itu tidak bermakna saya mengamalkan diet yang ketat sehingga jadi macam kucing, makan ikan sahaja 24 jam (ketawa).

Saya masih mengambil nasi dua kali sehari tetapi dalam kuantiti yang sedikit. Saya juga tak ambil makanan segera dan makanan ringan. Tetapi sayur hijau dan ikan adalah makanan kegemaran saya.


Ada ambil suplemen?

ROZITA : 
Saya hanya ambil suplemen dari Rich Beauty dan tidak ambil apa-apa suplemen tambahan lain.


Dengan jadual seni yang padat, sempatkah anda luangkan masa untuk bersenam?

ROZITA : 
Secara jujurnya, tidak. Tetapi saya bersenam dengan cara lain seperti kemas rumah, cuci bilik air kerana apabila kita bersenam, secara tidak langsung, pori-pori di muka akan menjadi kecil. Jadi bukan sahaja badan sihat, tetapi wajah kita pun akan jadi cantik.


Adakah anda gemar manjakan diri di spa dan salun?

ROZITA 
: Tidak. Jika ada masa terluang, saya lebih gemar duduk di rumah, mengemas rumah, memasak, menjahit. Jadi untuk kecantikan diri sendiri, saya lebih gemar beli lulur, mask serta serum untuk rambut dan buat sendiri di rumah.


Berapa kos yang anda peruntukan untuk penjagaan wajah dan tubuh?

ROZITA :
 Saya rasa tak sampai RM100 sebab produk Safi Rania saya dapat percuma, jadi saya cuma perlu perlu mask, serum dan yang sampingan lain sahaja.

Jadi sekarang siapa kata saya 'high-maintenance' (ketawa)? Cuma saya banyak lebihkan duit saya pada baju, kasut, beg kerana bila kita pakai cantik, secara tidak langsung kita akan nampak cantik.


Jika tertekan, apa yang gemar anda lakukan?

ROZITA :
 Kalau saya tertekan, saya suka pergi membeli-belah, tapi lepas itu tertekan sebab duit banyak habis pula (ketawa). Tidaklah. Saya tak pernah rasa tertekan.

Kalau ada masalah, saya tidak pernah fikir dan biar ia selesai sendiri, kalau asyik fikir pun, akhirnya pada wajah banyak kedut-kedut sebab banyak sangat nak difikirkan. Sebenarnya hidup kita tidak rumit cuma kita merumitkan.


Apa perkembangan terkini anda sekarang?

ROZITA :
 Saya dah mula memperlahankan karier seni saya dan tidak lagi menerima tawaran drama kerana mahu memberi tumpuan kepada persiapan perkahwinan.

Cuma saya masih terlibat dengan program Primadona dan Ratu Rania. Saya akan cuti sehingga Januari 2014 dan selepas itu baru saya akan kembali berlakon. Buat masa ini, telefilem lakonan saya, Kalung Kak Dara akan disiarkan di TV3, Sabtu ini.


5 PERKARA MENGENAI CHE TA 


1. Seorang yang 'happy go lucky'.
2. Mudah lupa.
3. Bukan pencinta gajet dan Che Ta tidak pandai dengan IT.
4. Gemar duduk di rumah.
5. Tidak suka fikir masalah.



Kredit Sumber  : http://www.sinarharian.com.my/hiburan/rahsia-awet-muda-che-ta-1.210218

Friday 15 May 2015

CUCUR KENTANG RANGUP


Tekak ni terasa nak makan cucur kentang yang rangup... bab pernah ternampak ade org yang post resepi cucur kentang nie kat dalam FB... tapi tak ingat nama Hamba Allah yang post tue... n ade bahan-bahan yang digunakan tak ade kat umah masa sue nak buat... oleh kerana malas nak gi kedai so kita buat je la..campak-campak apa yang ade...

RESEPI CUCUR KENTANG RANGUP DAN SEDAP....


1.   1 biji bawang besar (potong dadu)
2.   1 biji kentang (potong nipis dan panjang2)
3.   Daun bawang
4.   Carrot (potong nipis dan panjang2)
5.   sedikit ikan bilis ditumbuk
6.   1 biji telur
7.   4 sudu tepung gandum
8.   2 sudu tepung jagung
9.   1 sudu teh garam
10. Minyak untuk menggoreng

(*sue buat sikit je... kalau buat bebnyk takut tak habis pulak...)


Cara untuk membuat cucur nie ko org le rujuk pada gambo... :)

Campurkan semua bahan yang telah dipotong dengan tepung

Letak sedikit air dan kacau sebati

Goreng dengan minyak yang panas



Setelah siap digoreng... nampak sangat kerangupan cucur kentang ku ini hahaha... nyamnyamm sedap dimakan panas2 dengan sos.... huhu


*Terima Kasih kepada Hamba Allah yang telah "post" resepi nie... memang sedap.. dan maaf bebnyk sue tak ingat nama tuan punya resepi nie... cuma hafal resepinya sahaja...

Thursday 14 May 2015

BAKED OREO CHEESECAKE


Sambil “drive” balik kerja da terbayang “BAKED OREO CHEESECAKE”… nyamnyamam..
So balik je kerja terus tengok peti sejuk cari bahan-bahan yang diperlukan utk buat baked oreo cheesecake nie… huhuu sangat mudah dan hasilnya sangat sedap nyamnyamamma… nak makan sendiri tak payah nak deco bagai hahah asalkan sedap udah leeee… 


Cara nak buat “Baked oreo cheesecake” ni sangat mudah… resepi dan caranya ialah:-

RESEPI
GAMBAR BAHAN-BAHAN
Cara nak buat BAKED OREO CHEESECAKE” nie step by step:-

campurkan je creamcheese, susu, butter dan esen vanilla pukul sebati
nie rupanya lepas dipukul
  
masukan telur dan pukul rata

nie rupanya lepas dipukul

masukkan tepung
nie rupanya lepas dipukul


patah2kan biskut oreo kasi masuk cream sekali... ratakan je

nie rupanya lepas diratakan

alas dengan kertas minyak dan masukkan dalam loyang dan kasi bakar pada suhu 
1600C guna api atas dan bawah selama 45 minit

nie rupanya lepas dibakar.. lepas bakar sejukan kejap n masukkan dalam peti sejuk...
kalau nak deco pun boleh tapi sue letak biskut oreo je atas dia bagi nampak menarik sikit cam dalam gambar diatas.. kalau tak deco pun boleh makan sendiri je... janji sedap..nymanayamama .... huhuu



DAPATKAN PRODUK NONA ROGUY DENGAN HARGA PROMOSI..
☆SET BERSALIN NONA ROGUY RM265
☆PHYTONATAL BESAR 180TABLETS RM155
☆PHYTONATAL KECIL 90TABLETS RM89
*INCLUDING POSTAGE..
UNTUK PERTANYAAN SILA TELEGRAM&WHATAPPS&CALL 0193563306

Tuesday 5 May 2015

KEINDAHAN MELAKA DARI MENARA TAMING SARI

Jom cuci-cuci mata lihat keindahan Bandaraya Melaka dari MENARA TAMING SARI...
kalau sue tulis panjang lebar pun bukan ko org nak baca...so kita ambik yang mudah tak perlu baca cuma luaskan mata utk melihat keindahan ciptaan Allah dari Menara Taming Sari....


Nie nak beli tiket...waktu nie waktu pagi pun nak beli tiket da kena beratur panjang

 

Tue tiket nak naik menara taming sari... sila bawa My kad.. utk dewasa Rm15 untuk kanak-kanak Rm10.. lepas bayar tiket tue dia org akan bagi paper bag... dalam tue ade mineral water n cookies..

 
Nie beratur waktu nak naik menara...waktu nie sue dapat naik awal bab bawa Mak yang diketegorikan warga emas... :)


Nie gambar Menara Taming Sari.. nanti dia akan naik tinggi lagi..

Kat dalam menara nie siap ade teropong... so ko org le la tengok keindahan ciptaan Tuhan di bumi bertuah Melaka nie...

Gambo-gambo kat bawah nie ialah gambo pemandangan keindahan Melaka negeri ku sayang dari atas menara taming sari hehehhe ....













Monday 4 May 2015

JALAN-JALAN MELAKA DATARAN PAHLAWAN@BANDAR HILIR

Bismillahirrahmanirrahim.... Assalamulaikum dan Salam Sejahtera... Sepertimana yang kita semua sedia maklum negeri melaka terletak di tengah-tengah di antara Kuala Lumpur dan Johor Bahru.. Oleh yang demikian negeri melaka adalah tempat percutian yang strategik untuk pengunjung dari Kuala Lumpur dan Johor Bahru untuk menghabiskan waktu cuti hujung minggu bersama keluarga tersayang... 

Terdapat tempat-tempat menarik yang menjadi tarikan pengunjung untuk berkunjung ke Melaka Bandaraya Bersejarah.... Jalan-jalan melaka dataran pahlawa akan sue tulis tentang tempat-tempat menarik yang wajib dikunjungi sekitar dataran pahlawan@bandar hilir Melaka.... antaranya ialah:-


MELAKA DUCK TOURS




Melaka Duck Tour nie adalah kenderaan yang boleh bergerak diatas jalanraya dan boleh bergerak pada permukaan air maknanya kenderaan nie kenderaan dua alam... gambar kat bawah nie adalah harga tiket untuk menaiki duck tour, rupa bentuk duck tour dan laluan duck tour.....kaunter tiket duck tours terletak bersebelahan dengan menara taming sari... Duck tours nie masa sue gi tak ramai yang beratur nak beli tiket jika nak dibandingkan dengan menara taming sari... mungkin kerana harganya ahakhakahkaka ....



Harga Tiket Melaka Duck Tours




Laluan Duck Tours





MENARA TAMING SARI

Menara taming sari adalah diantara tempat tarikan pelancong yang berkunjung di melaka... menara ini sangat unit dan ianya pasti akan menjadi tempat yang wajib dikunjungi... sue baru je naik pagi tadi....kalau gi petang sure beratur panjang...pepagi pun da beratur apakan lagi kalau petang..Dari atas kita boleh lihat keindahan bandar melaka..Harga tiket untuk naik menara taming sari nie ialah Rm15 untuk dewasa dan Rm10 untuk kanak-kanak (kena tunjuk mykad..rasanya utk warganegara ade disc..) lepas bayar tue dia bagi air dan cookies dalam paper bag...Hmmmm utk senarai harga...sue tak ambil gambar senarai harga tiket ke menara taming sari bab tak nampak pun senarai harganya mungkin tak perasan kat mana dia org tampal bab org ramai sgt.....





Menara Taming Sari


Tiket dan Paper bag tue ade air n cookies

Kena beratur ramai sgt org..



Pemandangan dari atas menara taming sari


Teropong 



RUMAH TERBALIK MELAKA (UPSIDE DOWN HOUSE GALLERY MALACCA)

Rumah terbalik ini merupakan satu-satunya rumah terbalik yg terdapat di semenanjung Malaysia. Anda tidak perlu pergi sampai ke Sabah untuk melihat rumah terbalik. Tidak seperti rumah terbalik di Sabah, rumah terbalik Melaka membenarkan pengunjung untuk mengambil gambar serta menyediakan pekerja untuk menolong pengunjung mengambil gambar serta mengajar pengunjung untuk berposing. Caj yang dikenakan ialah Rm15 (dewasa) dan Rm10 (kanak-kanak) untuk warganegara Malaysia. Manakala harga untuk bukan warganegara pula RM20 (dewasa), Rm 15 (kanak-kanak). OKU pula mendapat potongan 50% dan percuma untuk kanak-kanak bawah 90cm.... 

Ahakahkah mesti ko org tertanya-tanya apa yang terbalik... yang terbaliknya ialah barang2 dilekatkan diatas syiling maknanya semua barang2 berada diatas dan atas lantai kosong tak ade apa2..... 









MELAKA RIVER CRUISE


Melaka River Cruise ialah perkhidmatan bot yg membawa pelancong menyusuri persisiran sungai melaka, dalam bandaraya Melaka untuk melihat keindahan dan mengimbau kembali sejarah silam kegemilangan sungai melaka. Untuk menaiki river cruise ini terdapat beberapa stesyen antaranya, di stesyen Muara jetty bersebelahan Quayside Heritage Centre serta berdekatan Muzium Maritim  atau menaikinya di jeti river cruise yg  terletak di Taman Rempah di Jalan Mata Kuching . Waktu beroperasi dari pukul 9 pagi hingga 11 malam. Beroperasi hanya bila air pasang sahaja. Harga tiket RM10 utk dewasa, kanak-kanak RM5. Perjalanan sejauh 9 km, mengambil masa selama 45 min ke 1 jam. Boat in akan membuat satu pusingan mengelinggi sungai Melaka. Di mana anda naik maka disitu juga anda akan menuruni river cruise ini. Disebabkan sue naik pada waktu malam jadinya gambo-gambo yang diambil agak gelap... tapi pemandangan diwaktu malam sangat cantik dan tidak panas.... 




Stesyen Taman Rempah


Laluan Melaka River Cruise



A' FARMOSA BANDAR HILIR MELAKA


Kota A Farmosa dibina pada tahun 1511 oleh orang Portugis untuk dijadikan kubu pertahanan orang Portugis sebaik sahaja Portugis menawan kota Melaka dan terletak bersebelahan dengan Muzium Istana Kesultanan Melaka.... ahakahakk cam pakar sejarah lak sue nie... biasa la asal usul pun orang Melaka mestilah tau sedikit sebanyak tentang sejarah Melaka...Kota A Farmosa nie terletak belakang Dataran Pahlawan nanti kesian lak ko org pusing2 tak jumpa... disebabkan sue dah puas naik masa sekolah rendah dulu... jadinya kali nie sue ambik gambo dari bawah je la... malas nak memanjat dan nak mengira anak2 tangga....







MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAYU MELAKA


Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka ini terletak bersebelahan dengan kota A’Farmosa. Muzium 3 tingkat ini dibina sangat unik kerana dibina menggunakan kayu dan tanpa paku… kepada peminat sejarah boleh lah berkunjung ke muzium ini… Muzium nie kalau da penat2 pusing dataran pahlawan datang ke muzium nie boleh rehat2… Muzium ni sangat cantik dan unik.... Muzium nie sangat unik dan sue sangat kagum dengan seni bina muzium nie... aahakaha My mum siap santai2 lagi bawah umah muzium tue... Opsss harga tiket untuk masuk muzium nie sue tunjuk kat gambo tiket sue ekk...










MUZIUM SAMUDERA



Muzium Samudera ialah muzium yang terletak di Jalan Quasside berhampiran dengan muara sungai Melaka dan berhadapan dengan medan samudera, medan selera dan craft centre… Kalau naik river cruise ko org akan nampak muzium samudera ini… kalau naik kereta untuk ke bandar hilir@dataran pahlawan ko org akan nampak muzium nie sebelah kanan ko org…kat dalam muzium nie ko org akan nampak duit dulu2, Meriam, peti besi, replika kapal, peta-peta, lukisan2 yang menceritakan tentang sejarah kelautan Melaka… Harga tiket untuk masuk ialah Rm3 untuk dewasa dan Rm1 untuk kanak2… kalau bawak kanak2 kena hati2 ekkk kerana banyak kena panjat tangga n cam curam sikit...



Gambar nie sue ambil dari atas menara taming sari...